assalamualaikum.
nak muntah dengan tajuk entry.
alhamdulillah. setelah 7 bulan menunggu akhirnya baby aku keluar jugak. eh tak tak. gurauan bodoh apakah itu? ada ke orang mengandung 7 bulan? baheklah. setelah 7 bulan menunggu, akhirnya guru-guru baharu telah dipostingkan termasuk cik abamku sayang (sayangla sangatkan). tapi majoriti dipostingkan ke Sarawak. sedih woo.. aku akan berpisah dengannya di seberang laut tuu. huhuhu. dan dijangka dia akan balik ke kampung cuti sekolah nanti. raya tak balik.. xnak raya tahun nie taknak raya =(
mula2 dapat berita aku masa tu tengah sibuk drive iswara buruk adik aku. aku pun tak layan mana lah panggilan dia.
ya Allah. Sarawak, pedalaman pulak tu. gaji beribu-ribu tapi langsung tak ada maknanya pada aku waaaaa.. (ok tak payah nak tunjuk perasaan sangat dalam blog kan), its okay. cuba tenangkan diri dan bagi motivasi pada diri sendiri. tak lama lagi aku akan ikut dia ke Kanowitt tapi kali nie bukan sebagai kawan tetapi sebagai isteri hahaha. baru ingat nak jadi orang bandar tapi kena jadi orang hulu.
tak apa. tak apa. orang bercinta kata, lautan api sanggup direnangi tapi nak ke sana tak payah lautan api pon, dan tak payah berenang pon sebab aku memang tak pandai berenang. tapi aku akan tetap merentasi lautan Sulu dengan cara naik flight. aku sebenarnya sedih ngat-ngat tapi nak buat macamana, takdir. ada hikmah di sebalik semua tu. dah la xde line telefon waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrgghhhhh. x kira xkira habis praktikum nanti terus gi ke Kanowit :)
buat cik abamku sayang, abang jangan risau. walaupun kita tak berhubung tapi orang akan tetap setia pada abang dan tunggu abang balik. (ok setakat itu saja. nak lebih, dalam mesej haha)
No comments:
Post a Comment