Assalamualaikum.. Cikgu cantik dah masuk kelas. Hahaha perasan sendiri. Itu bukan aku yang kata tapi budak-budak yang panggil macam tu.. Nak buat macamana kan, dilahirkan cantik dan sweet, terima sahajalah ketentuan.. kekekeke.. baiklah. nanti muntah ijau para pembaca semua.. =)
Baik, setelah berabad tak update blog. hari ni nak update sikit. aku rasa elok lagi kan kalau dalam belog ni aku share mengenai pengajaran bahasa melayu yang aku aplikasikan kat sekolah. segala macam permainan yang aku jalankan semata-mata demi murid tercinta. tapi yang tu next time lah aku cerita. aku tak de nafsu lagi nak blogging benda berat-berat sebab sibuk yang terlampau..
baik. antara aktiviti yang menarik ialah kuiz, teka teki (walaupun pada hakikatnya teka teki yang karut -marut.its okay. cikgu jangan cepat marah kalau murid buat teka teki yang mengarut sebab itu secara tak langsung membuka minda dan memerah otak murid.
aku nak cerita tentang aku di sekolah.murid-murid ni kadang-kadang aku stress ngan mereka kadang-kadang aku suka jugak, dan boleh jadi penghilang stress. aku suka tiap kali mengajar kemudian masuk ke bilik guru dalam keadaan "letih". tu bermakna apa yang aku cuba sampaikan , sampai pada murid. aku lagi suka bila dua orang pelajar yang aku nak sebut nama mereka kat blog aku iaitu Afiq Hassan dan Tharvin, daripada tak tahu tulis karangan dah pandai buat karangan lengkap, bermakna pendahuluan, isi dan penutup. daripada 20/40 markah, sekarang aku dah dapat bagi 36/40.. bukan saja2 nak bagi banyak tetapi memang itu kemampuan dia dan sengaja nak bagi dia bersemangat lebih..hehehe.
selain daripada tu, ada dua orang pelajar yang mula-mula aku masuk memang macam hantu.. namanya imam, zuraidi dan sorang lagi tak ingat nama. sekarang nie baik je dalam kelas. suruh buat kerja, buat. nak tahu rahsianya? kena pong/pam mereka sokmo..hehe. it means, kena puji mereka sokmo, kena pandai main angin, ambik hati, pendek kata sekor2 dalam kelas tu kita kena bagi perhatian 100%. aku tengok budak yang aku bagi perhatian/pujian mesti dapat belajar lebih drpd orang lain. kalau yang pasif sangat kadang-kadang kena gi gosok atas belakang, buat kerja mengadap dengan dia, barulah mereka buat. tapi xlarat oiii nak ngadap 30 orang dalam dua masa atau 1 jam. mereka memang dahagakan kasih sayang =)
okay adik2 semua, cikgu akan usahakan untuk bagi lebih banyak kasih sayang kat kamu semua, walaupun kadang-kadang susu diberi dibalas tuba... =)
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment