2011 kami kenal iaitu semasa aku masuk semester 2, 2013 kami mengikat tali pertunangan dan in shaa Allah 2013 kami akan berkahwin huahuahua. siapa sangka aku akan kahwin dengan sugar daddy aku sendiri, ada ke orang kawen ngan sugar daddy? biasanya kawen dengan pakwe kan? tetapi disebabkan oleh otak aku sentiasa berfikiran di luar kotak maka sugar daddy akulah yang dijadikan pilihan ahahahahaha...
selama kenal nie tak pernah pernah sugar daddy aku komen anything kat aku, semua yang aku buat nie betul. semua yang aku pakai cantik, semua yang aku masak sedap. muka tak mekup pon xpe sudah natural beauty katanya.. kalau tanya kentut wangi ke busuk mesti dia kata wangi hahahaha.. silap2 esok2 mati sebab overdose gas kentut.
1st time sugar daddy tegur tunangnya tentang penampilan diri. dulu selalu tego seksi, so kena kurangkan cekci, tego tak pakai cetokin, cetongan, tudung sengkat baju masih nampak lengan berbulu. ilek3.. nasib la aku nie jenis mudah menerima nasihat dan ubah slow2. pastu hari tu dia jujur kata aku tak mekup, pucat dan tak berseri. aku tanya ala-ala manja plus mengada-ngada..ala abang....tak cantik lagi keeee...dia jawab, mukan tak cantik mucukk mucukkk (yg ni saja tambah hahahaha).. cuma tak berseri,tu je. cantik memang cantik,natural beauty tetapi biarlah ada perhiasan sikit...at least pakai la bedak nipis2 barulah tak nampak berminyak muka tu. macam tu,..ewah3... kelasss kau jah.
em.memang pon.mukaku berminyak,minyak kat muka buleh wat goreng telo, sampai garing-garing telo tu.. kadang-kadang boleh jugak wat goreng ayam, daging dan sayur-sayuran di saat di rumah bujangku kehabisan stok minyak masak. nonsense! tenkiu sayangku, tenkiu sebab tego.. biasalah kita manusia tak nampak kesalahan diri sendiri, dan orang yang paling rapat dengan kitalah yang kena memperbaikinya. komen yang sangat membina!
aku bukan apa, aku malas nak letak bedak lipstik bagai..kadang-kadang ke sekolah, aku mengajar sesi petang, nak solat sebanyak 2x iaitu zuhur dan asar, kena basuh muka kan. kalau mekup nak kena buang mekup tu dulu guna mekup remover, kapas, toner etc.. malaslah abang... lepas tu nak bergegas ke kelas lagi. sangat-sangat malas. aku lebih selesa kalau biarkan muka aku macam tu je. aku jugak elergik dengan sebarang jenis bedak. sekali pakai bedak confirm naik jerawat batu sebijik dua.
ada murid tanya.. cikgu, kenapa cikgu tak mekup macam cikgu XXXXXX? tapi xpe cikgu tak mekup pun dah cantik.muka manis, cikgu XXXXXXX selalu mekup pun tak cantik jugak, macam hantu raya adalah. kakakakakaka. jahat betul budak2 nie ngata kat cikgu.
aku malas nak make up dan dress up sekrang nie tak tau kenapa. taknak tabarruj kot..hehe..sangat.. mungkin sebab aku anggap aku dah ada suami so tak payah nak mekup2 nak tunjuk kat sapa hahaha. tak baik kan macam tu, kena comey-comey sokmo especially utk suami tersayang.. =) JOM kite cekodeng gambar aku masa kami pergi honeymoon di melaka minggu lepas. yang nie lah yang dia kata tak cantik tu.
aku tengok cantik jer.. haha maklumlah aku kan memang perasan. cuma ada parut2 jerawat sikit2 je ;( |
eye bag aku sangat besar. bertambah besar bila sugar daddy ada di sisi. dia suka dera aku, tak benarkan aku rehat. sampai malam pon nak jalan2 lagi... ngantukk setiap kali ada dia. hahaha |
bukan main cantik lagi kata tak cantik. tak bersykur betul kau nie maimon! |
nah, mata besar macam heliza helmi (aku tak suka dia sebab macam hipokrit perasan pendakwah tapi kadang2 tutup aurat kadang2 pakai cekci, jeans ketat) |
dan lagi. aku hanya keluar rumah tanpa pakai bedak, lipstik (bibir dah semula jadi merah okayyy) |
Tengok. bukan main cantik gambar di atas beserta dengan captionnya sekali siap mengutuk heliza helmi macamlah aku suci benar.. cuma parut jerawat tu lah, aku masih dalam proses merawat jerawat. jerawat banyak, kulit sensitif dan banyak elergik.. =(
selain daripada itu (penanda wacana), sugar daddy aku jugak melarang aku memakai tudung bawal. dia nak aku pakai tudung Ariani saja. kelas kan sugar daddy aku, maklumlah orang kaya baru. nafkah isteri tak pernah miss.. nafkah zahir sahaja ya, jangan salah faham.. korang nie otak kotor, kena cuci dengan clorox.. hahaha. banyak lah nak pakai Ariani selalu.. mahei la. aku baru ada 30 helai koleksi Ariani, tolonglah belanja lagi =) boleh ye abang, boleh ye abang.. abang kite nie kita kena "gosok-gosok" sikit dia baru dapat apa sahaja yang kita nak hahahahahaha.
dia kata tak cantik kalau aku pakai bawal. masalahnya bila pakai ariani aku nampak macam makcik-makcik saja.hahahahaha. nak tahu tak kenapa dia tak bagi aku pakai tudung bawal? yelah. pakai tudung bawal memang cantik. tapi sejam dua je cantik. lepas tu, INILAH HASILNYA... JENG3!!! NGEH 3..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
DAN baru aku faham kenapa beliau mintak aku pakai tudung Ariani, sebab kemas dan kekal kemas. hahahaha. ini belum ada anak, nanti ada anak, tercabut terus tudung aku. hehe. sugar daddy kite minat kemas rupenya.. =)
ini bukan Ariani tapi tetap tudung ekspress. bila pakai selesa dan kekal kemas pakai 2 hari tak payah buang pun tak bergerak2... |
No comments:
Post a Comment