Pages

Thursday, March 6, 2014

Review YouniQ Hotel Sepang

Haha. ada jugak oii honeymoon part kecil-kecilan. actually, kami tak banyak masa bersama. kalau tiket murah, suami akan booking tiket flight balik KL. kalau mahal tak balik ar. tapi dalam sebulan tu kitorang mesti kena jumpalah. pada minggu lepas suami balik. kami honeymoon sekitar KL je sebab dia cuma balik satu hari, dua malam saja. So, dalam satu hari tu kitaorang pusing2 dan shoping2 sekitar KL jer.. belum ada rezeki nak honeymoon berminggu-minggu di tempat jauh-jauh. masa tak mengizinkan. kalau dapat masa seminggu bersama dia aku dah syukur sangat dah. sehari pun syukur jugak. bukan tak syukur hehe.

hari ni nak review hotel ala-ala jepun yang sangat cantik kalau balik KL. sebelum sampai, suami aku kata hotel kita nak duduk nih cokia jer. hotel murah huduh pulak tu. saje nak kenakan aku. aku pon jawab ooo. dia ingat aku jawab gitu nak buat aku sedih la konon. sedangkan isteri solehah nie kat mana-mana pun boleh duduk asal dengan suaminya kikikiki.. aku jawab, takpelah kat mana-mana pun asalkan dengan abang. *sambil letak kepala di dadanya (perlu ke?haha)

yang sebenarnya, suami book hotel di Sepang iaitu YouniQ hotel. cantik sangat hotel nie. murah pun murah. suami lah yang kata, harga sebenar aku tak tahu.  booking lah ikut Agoda kalau nak lagi murah. perjalanan ke sini, orang hotel yang jemput dan hantar kita ke LCCT. rasa macam orang-orang kelas atasan bila dijemput dan dihantar oleh pemandu haha.

aku nak abadikan kenangan kat blog agar tak terpadam begitu saja. gambar-gambar dalam nie ehsan google. sebabnya tak sempat nak snap gambar.rushing sebab masa sangat-sangat terhad sebab suami balik hujung minggu sahaja. jadi, masa itu emas. setiap detik bersamamu adalah sangat berharga.


pemandangan hotel dari luar. purple warna kegemaran saya!

lobi hotel. aku tertidur keetihan kat sini sementara suami check in bilik kami.






simple tapi cantik. nampak katil terus aku baring tak buang handbag mahupun tudung. terus krooh3 sebab penat berjalan seharian. oh-hoo.. nampak katil terus korang pikir kami buat apa-apa kan? mana ada..kami tak buat apa-apa. sungguh. haha.


bilik air yang tak ada tab mandi. aku nie gila tab mandi. nak berendam bubuh buih banyak2 lepas tu nak ada itik warna kuning yang boleh picit-picit keluar air tu haha. next time kita book yang ada tab mandi okay syg. =)



kami jalan-jalan di Pavillion sebab semata-mata nak pergi ke Japan Street. lepas tu perut memulas2 sebab lapar. aku pun ajak suami makan. aku kata abang, jomlah kita makan kat tempat-tempat yang eksklusif sikit. Jarang-jarang sekali nak juga rasa macamana makanan kelas pertama ni.

Dia setuju pastu aku pilih kedai India hahaha. marah betul datuk tuh. dia kata kecenderungan aku terhadap india sangat kuat termasuk makanan yang aku suka, pakaian yang aku minat, hero tamil, citer tamil saluran 202, dan impian nak ke Kashmir. tak habis-habis dia bebel kat aku sebab ni hahaha. bebel2 tetap juga masuk, makan nasi beriyani je pon. dua orang makan habis la dalam seratus lebih. yang kerja kat sini bukan faham bahasa Melayu pun. tapi cik abe aku dah pandai cakap omputeh. nasib baik ada dia. nak harapkan aku, maka jadilah orang putih kelantan hahaha.

sebenarnya tak reti nak order makanan pelik-pelik pastu lunch kenalah cari nasik. tak leh hidup kalau tak makan nasi. nampak sangat kekampungan hohoho. xpe2, dun worry. xpe dilabelkan orang kampung, baju biasa-biasa, kereta kecik  rumah kecik asalkan duit nak belanja tak habis huhu.

meja makan





nampak sikit nasi dalam besi nie tapi bila bubuh dalam pinggan, boleh la sampai 3 orang makan. tapi aku makan sorang habis je pon. tangki besar hahaha.

sekarang ni tengah merancang nak bulan madu lama sikit kat tempat jauh sikit tapi masih belum dapat bincang dengan bos besar. asal tanya je kena bebel. =(

ok bye bertemu di entry berikutnya hihi.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: