Pages

Friday, December 22, 2017

10 hari kembara ke Kashmir

Hai korang.. Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku baru saja balik dari Kashmir. Tentu ramai yang nak pergi Kashmir kan? Tak kurang juga yang taktau Kashmir tu apa.. Hahahaha. Aku tahu Kashmir masa sekolah dulu, cikgu aku stress mengajar kita orang lepas tu dia cakap dia nak berhenti kerja, buat bisnes pastu nak pergi joget lagu hindustan dekat Kashmir. Bermula dari situ aku pun google la "KASHMIR" , oh rupanya disinilah citer hindustan duk nyanyi2 joget joget tu aku  pula kaki hindustan. Dekat google pun cantik. real pun cantik camtu lah. Pastu dari sekolah sampai masuk u, sampai keje sampai bisnes aku boleh katakan setiap hati pasang impian nak ke Kashmir. Suami aku pon naik muak dah aku selalu sebut perkataan Kashmir hehehehe.

Sebenarnya tahun lepas lagi plan nak pergi tapi tak jadi sebab sayang duit hahaha. Tapi bila fikir takde duit pada aku sampai bila bila pun kita xleh travel. Sebenarnya duit boleh dicari, masa muda tak boleh. Takkan nanti tua ketar lutut baru nak travel kan. Takkan nak tunggu anak besar dulu.. Aku simpan duit bisnes tu last last aku rugi sedikit duit . Biasalah bisnes ada untung ada rugi. So sebab aku kecewa sangat dengan kerugian itu dalam 30k jugak, aku nekad nak pergi juga. Aku rasa mcm buat apa aku simpan duit kalau tak guna esok esok aku mati orang lain juga dapat merasa duit tu. Aku fikir masa tu aku dah tak nak serius dengan hidup ini. Selama ni kejar duit je, stress! Alhamdulillah masa aku rugi tu suami aku pula dapat rezeki yang tak disangka sangka. So dialah yang sponsor aku pergi hihihihi. Last last aku tawakkal je beli flight tiket dulu guna duit sendiri. Suami aku mmg taknak pergi, tapi kalau dah beli tiket atas nama dia takkan dia taknak pergi kan so nak tak nak terpaksa la hehehehehehe.

Aku beli tiket KL- Srinagar dua orang RM 2.5k jer return. Dekat sana dah ada tour guide siap siap.. Lepas ni aku akan cerita lanjut pasal tour guide tu ok. Ok, straight to the point.

Kami pergi masa end of autumn/early winter. Percutian kalini sangat bermakna sebab aku leh sambut anniversary dan birthday aku serentak.

Hari pertama, kami ke KLIA kawan hantar. Bayar la duit minyak kawan tu RM30 jangan nak naik free ok kata kawan hahaha. Flight kami ke New Delhi selama 5 jam. So install la apa apa dekat henfon untuk buang masa 5 jam tu. Aku install game banyak banyak. Perjalanan rasa mcm pendek je. Oh lupa, nak ke kashmir kena buat visa india tau bayaran Rm190 lebih kurang. Alhamdulillah dekat airport takde banyak masalah, smooth je sehingga lah sampai di airport New Delhi. Sebelum pergi pastikan study cukup cukup tau.

Aku memang dah study tambah2 india ramai scammmer so aku lebih berhati hati. Bila sampai di New Delhi jakun jugaklah cuaca sana sejuk hihihi.. Aku ingatkan panas sebab dalam citer hindustan tak menampakkan New Delhi panas pun. Rupanya suhu 12 degree jugak. 

"So bila sampai aku excited nak keluar airport ambik angin New Delhi. Tiba tiba ada seorang lelaki (yang aku kira sebagai scammer) datang memaksa kami untuk ambik teksi dan tidur di hotel. Kami menolak dengan baik tapi dia tetap paksa dan ikut kami. Dia kata tak boleh tidur di airport memandangkan flight kami ke Srinagar esok pagi. Lepas tu suami aku pun marah kan aku, cakap aku gedik nak keluar kan dah kena paksa. Pastu aku gaduh ngan suami aku cakap aku mana tahu. Sebelum itu suami aku mcm nak ambik pakej yang orang tu tawarkan lepas tu aku cakap kat suami aku, aku pernah baca dekat group backpackers kalau orang tawarkan teksi dan hotel jangan ambil, sebab nanti macam2 helah diorang akan buat, boleh jadi nak samun, ada yang kena bawa ke tempat lain, buat buat kereta rosak pastu kerosakan kereta tu kita yang tanggung. Macam2 lah. Menyesal juga aku keluar drpd airport pastu aku bertegas nak masuk ke airport jugak. Pastu ramai lah yang beratur nak masuk ke airport, aku berdoa tak henti supaya dapat masuk ke airport, sampailah ke petugas tu, tunjuk tiket alhamdulillah lepas. Pastu aku jeling mautlah suamiku, belum apa apa dah nak marah orang. Lagi percaya dekat india tu drpd aku sendiri haha pastu aku pura pura merajuk la. Macam aku yg menang la. So len kali kalau taknak diganggu oleh scammer, jangan keluar airport ya.. hanya yang ada boarding pass sahaja boleh masuk airport.. tak mcm KLIA sesiapa pun bebas masuk siap shopping lagi huhu..patutlah ketat undang2 nya..

So kami bermalam di airport, aku tak tido sangat pun main game je dah la takde internet kat situ huhu. 

Esok pagi kami berlepas ke Srinagar, sesampai je kat sana dari atas flight lagi subhnallah cantiknya view . Menangis jugaklah tengok banjaran himalaya panjang dan tinggi..dan menangis sebab dah lama kan aim nak ke sini..akhirnya tuhan makbulkan..


Sesampai di airport Srinagar, Fuh sejuk gila. Tak pernah aku rasa sejuk mcm tu hahahaha. Pagi tu suhu 0 degree. Tapi aku berlagak taknak pakai jacket lagi sebab nak feeeeel rasa sejuk tu. Haha pastu 5minit je tahan, keras kejung jari jemariku. Pedih sangat! Sakit. Cepat cepat buka bagasi cari glove.


Masa ni tengah isi borang arrival. Tour guide kitaorang sampai lambat sebab silap faham waktu arrival. So tunggulah dia datang dalam sejam jugak. Nasib baik ada polis kat situ jaga kami berdua. Yang lain lain tu semua duk tawarkan pakej masing masing. 

Ok, aku dah tak tahan. Terpaksa cari jacket dan glove.

Tak lama lepas tu Mushtaq pun sampai. Weii. hensem wei tour guide kami hahaha. Sampai dengan driver dia nama Akbar kami panggil dia newspaper pon hensem nak mampusssss !! Nasib baik bini orang kahkahkah.


aku lega duduk dalam kete sebab ada ekon pemanas.. ahhh... 

Sesampai saja di houseboat, Mushtaq tanya nak sarapan ke makan tengahari. Aku cakap apa apa sajalah yang penting aku nak nasik dah 24 jam tak jumpa nasik ni hahaha. Mushtaq cakap ok nanti breakfast dulu, tidur lepas tu lunch. 

Breakfast setiap pagi, roti dengan omelette, jem dan kashmiri tea. Nak nangis omelete dia sedap gila.

Lunch pula biasanya nasi dan kari ayam/kambing. Tapi xsama ngan kari india tu. lain sangat makanan dia tapi sedap sangat. kami berdua mmg makan sebanyak banyaknya. kena makan cepat cepat lepas dihidangkan sebab nanti sejuk dan beku. 

Lepas lunch kami bersiar siar naik shikara...







Ni sikit tips naik shikara. Masa kita tengah syok nikmati alam sekitar akan ada ramai penjual menghimpit shikara kita dan jual mcm2 barang kat kita. Tapi tolonglah sado kan hati, jangan beli sebab terlalu mahal. Habis duit kami kena pow kat sini saja. Dah tolak baik baik pun dia paksa lagi rabak poketku. So kena buat bodoh je. Hmmm.


Balik, hari dah malam. Sejuk gila. Nasib baik ada heater. Heater ni mmg tradisional tapi bisa memanaskan seluruh rumah/bilik. kami selesa tinggal di houseboat Mushtaq sebab warm.



Dinner sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa

peluk water bag je untuk panaskan badan huhu
Ok lah, nanti aku sambung part seterusnya ya....

No comments: