Hai korang... ok aku sambung bab 2.. bila cakap Kashmir, ramai yg err..Kashmir? India? Kotor? Hancing? Kencing merata? Haha.. Ok what? Kata traveller sejati takkan itu pon jadi masalah? Tapi sebenarnya Kashmir tak mcm tu pon.. Bersih, sungainya bersih ibarat sungai susu dan madu di dalam syurga (haha, over kan..)
Hari kedua kami pergi ke Gulmarg, cantik tapi aku tak berapa suka. Tapi suka. Tapi tak suka. Eh! Masa Akbar drive ke Gulmarg tu, mendaki sikit mcm naik ke Genting Highlands, haa camtulah. Mcm Genting la senang citer.. Di kaki bukit tu dah nampak snow sikit sikit aku dah teruja.. Pertama kali tengok snow kan.. Gulmarg ni mcm kawasan tumpuan pelancong dan ramai sangat pelancong dari India, bukan Kashmiri. India yg kulit gelap tu. Korang tahu la perangai diorang camneeee.. So agak sesakla..Ramai orang. Tapi tak seramai Genting.
Masa nak naik gondola (gondola tertinggi di dunia) diorang tak reti nak beratur. Berebut. Tolak tolak. Pastu mcm nak bertumbuk pun ada. Kalau pandai cakap nustan geram je nak sound jugak hahaha.. Masa sampai sini, awal awal dah kena tipu. Mushtaq dah beritahu jangan layan org yg bawak kuda kat sini.. Tapi diorang paksa.. Hmmm.. Takpela.
Tips : Sampai je Gulmarg, korang jalan kaki je sikit. Xjauh mana pun. Tak payah pergi naik kuda. Jalan kaki je untuk pergi ke stesen gondola tu..
Then beli tiket gondola 700 rupee return untuk dua orang..
hensem gila bhai. hahaha. dia ni nak beli aku nye gopro.. diorang kat sini mmg jakun ngan go pro.. pegang go pro kat sini jadi perhatian ramai orang..mcm xpernah tgk go pro.. |
gulmarg ni mcm kawasan pelancongan la.. pelancong banyak tertumpu di sini.. |
sejuk sangat.. tapi sebab ada matahari aku rasa ok sikit.. |
Perfume mulut yang wangi ni nak juga bergambar.. hahaha. |
Di Gulmarg kami cuma naik sledge je.. sakit punggung hahahaha. naik sekejap pastu xnak naik dah. Pastu main guling guling dalam salji.. tu je. hehehe. aku malas nak buat aktiviti, sebab sejuk sangat. aku main snow je... mcm budak2.. yela zaman budak dulu tak merasa.. dah tua baru nak rasa...
Pastu kitaorang pun balik lah, malam di Srinagar takde apa apa.. Masa pergi ni, kul 5 ptg dah gelap tau.. Kul 7.30 aku dah tido hahaha.. Pertama kali aku tido awal, aku terbangun pukul 12 malam eh malam lagi.. pastu terbangun pukul 2 pagi pula.. malam lagi.. bangun lagi pukul 4 pagi.. malam jugak.. bangun kul 6pagi baru subuh.. huh! hampir 12 jam aku tido hahaha.. penat tau tido.. musim winter menyebabkan malam lebih panjang.... puas tido saja..
Next... Jumpa lain hari...
No comments:
Post a Comment