Trip Kashmir baru episod dua aku dah tambah trip ke Korea hahaha. Mana mana lah. Trip ke Kashmir tu aku pun dah lupa macamana. Takpe kalau nak tanya apa apa just tanya je lah ok. Post ni pula aku taknak buat bersiri dah jenuh la korang tunggu episod dua. So aku cerita seringkas yang mungkin ya.
Korea bukanlah destinasi yg aku idam idamkan hahaha taktahu kenapa maybe tak minat Korea walaupun ramai rakyat Malaysia pergi sana tapi disebabkan aku nak penuhkan list travel ke seluruh dunia, alang alang ada tiket murah dan ada geng aku grab sajalah lagipun masa tu aku tak tahu nak buat apa kat rumah, so aku ikutlah kawan dua orang. Aku lebih suka pergi ke negara yg orang tak pergi sebenarnya, baru lah mencabar. Aku target nak pergi Bhutan, dan segitiga Bermuda, Pulau Seychelle, dan Bolivia tapi aku tak tahu lah bila sebab tak banyak info tentangnya.
Ok, sebelum ni mmg aku dah study sikit2 pasal Korea ni tapi aku lemah dari segi mengingati nama tempat. Bila travelmate aku bagi itinerary beserta nama tempat aku nampak mcm sama je semua.. Dongademun, Namdaemun, aku tak boleh nak ingat... So aku pun malas nak study. Aku cakap aku follow je haha.
So aku pun pergi lah ke sana dengan flight Air Asia Rm800 (KL-Seoul & Jeju-KL), dari Seoul ke Jeju aku ambik flight Eastar jet Rm160. Aku gi bawa backpack je ngam ngam 7kg hahaha jimat punya pasal pastu diorang cakap bawa bagpack je senang sebab banyak tangga (padahal tak pun...baca sampai habis nnt aku cite) Ok, untuk hotel selama 10 malam kat Korea bila dibahagi tiga Rm500 sahaja.
Pastu aku study juga suhu kat sana, dan masa aku pergi tu suhu sekitar 3 degree hingga 6 degree. Aku sangkakan sejuknya macam Kashmir.. ni kisah perjalanan aku :
- Aku
isi perut dulu penuh penuh bersama suami tercinta. Nanti rindu pula dengan kari
mamak hehe. Pastu salam salam ngan suami, cium pipi,
cium mulut aku pon nangis
haha aku tak pernah berjauhan ngan dia paling lama pun ¾ hari.
|
tunggu flight ke korea.. |
- Selepas
6 jam menempuh perjalanan, aku sampai ke Seoul. Aku solo tau, flight tak sama
ngan travelmate. Bila sampai, benda pertama aku beli ialah kad Tmoney dan susu
pisang. Hehehe. Mmg tengah dahaga gila masa tu, aku topap Tmoney kat kaunter
terus, belum pandai guna mesin masa tu, aku topap dalam Rm100.
- Aku
berjalan cari train, tak susah pun korang! Macam KL je, sebijik mcm KL. So sebab
aku dah biasa guna pengangkutan awam di Malaysia especially train masa belajar
kat Tg. Malim dulu, so bagi aku tak susah lah. (Masa study dulu aku kaki jalan
juga, satu Malaysia round ngan train…
solo.. mak tak tahu..)
- Ambik
train untuk ke Seoul station sebab hotel kitaorang kat situ. Teraba raba juga,
ala senang je. Korang kan pandai membaca. Install je Seoul Subway kat henfon
tu, kalau tak tahu tanya je orang situ.
|
lelaki yg pegang henfon tu temankan aku sampai seoul station, tunjuk jalan semua.. alhamdulillah.. |
- Sampai
di Namdaemun, aku cari hotel. Hotel depan mata aku tak nampak, hampir dua jam
aku berjalan, tanya orang lagi, tapi orang bagi jalan salah hahaha.. konfident
je diorang. Pastu ramai pula makcik2 dan pakcik2 yg mabuk . kul 2 pagi
bayangkan! Pastu aku menangis lagi kenangkan nasib diri di rantauan..tetapi aku
harus mencari rezeki, membela nasib kita bersama.. eh ternyanyi lagu raya pulak..
jalan punya jalan akhirnya jumpa juga hotel tu! Ya Allah, keluar station tadi
jalan sikit je. Aku pun ketuk ketuk pintu, takde staff buka pintu hotel. Aku
kesejukan kat luar hotel. Aku nangis lagi.
- Aku
nak contact travelmate aku, xboleh! Aku nak wassap takde internet. Aku pun
masuk 7e beli internet tapi xleh pakai. Pekerja 7e tu xnak tolong langsung aku.
Ya Allah dugaan apakah ini.. aku berdoa supaya Allah permudahkan urusan.
- Aku
pun berjalan melewati orang mabuk tadi, anjing lagi. Pergi balik ke hotel.
Alhamdulillah, staff pun keluar. Lagi sekali aku xtahu nombor bilik kitaorang
sebab travelmate aku pun tak diberitahu juga. Aku pun minta staff carikan nama
kawan aku tuh, lama juga nak jumpa..dan akhirnya.. arghhhh.
- Akhirnya
aku dapat masuk ke bilik hotel. Tapi canggih tau hotel, dinding panas, lantai
panas, ada ekon panas, ada air panas.. haha. Teringat kat Kashmir haritu, air
panas nak mandi pun kena rebus dulu, lantai sejuk gila terloncat loncat aku
berjalan… azab sekali kalau nak berak sebab air paip takde air panas, kebas bontot
hahaha pastu mangkuk jamban tu sejuk mcm air batu…alhamdulillah, kat korea aku
tak merasa itu semua! Kat Kashmir mmg jauh ketinggalkan. So kalau betul2 nak
rasa betapa seksanya sejuk pergilah Kashmir. Kena tahan je sejuk tu rasa mcm
nak mati haha.
**************************************
Hari kedua
dan berikutnya aku skip ya.. Mcm biasa lah, jenjalan sekitar Seoul, takde apa
yg menarik pun, mcm KL jaa.. hahaha. Tapi travelmate aku punya stamina mmg
tinggi, aku je yg semput semput hahaha. Kat
sana aku guna train je pergi situ sini. Dan makanan dia, pada aku mmg tak sedap
langsung. Ulang, langsung!
|
cantik asal |
|
feveret! yasss! hari hari aku makan ni. Rm40 sepinggan. bolehlah 3x makan. aku beli nasi kat 7e panaskan dalam microwave. |
Dah la nasi
sikit, nasi pulut pula tu dia bubuh! Hahaha. Tapi aku suka ayam spicy dia tu, yg
lain lain mmg out pada tekak aku! Dah la aku tak bawa bekalan makanan, aku bawa
maggi je. Kebulur la aku. Aku nangis je sebab rindukan nasi. Kat sana susah nak
cari makanan halal, kalau ada pun mahal nak mampus so aku makan nasi sekali
sehari je. Aku nak muntah hari2 makan maggi. Next trip kalau pergi ke negara
bukan islam aku nak bawa rice cooker, ayam ikan sotong bekukan siap2, cari
hotel yg ada fridge dan microwave, ini janji aku. Aku mmg kental, aku boleh
jalan sorang, aku boleh tahan sejuk, aku tak mudah penat jalan jauh, tapi aku
lemah bab makan hahahahahaha. Kalau 4/5 hari mungkin aku boleh tahan, tapi
sampai 10 hari xjumpa budu bukan diooo.. dah la makanan dia tak sedap.
Pastu kalau
korang nak bawa bagasi ke, bawa almari ke, bawa jelah ya jangan jadi mcm kami
angkut backpack atas belakang, dah la train station dia sampai 5 tingkat tahu
bawah tanah tu?? Kena jalan jauh lagi. Takpelah sebab xtahu kan. Hehe. Kat sana
banyak tempat shopping, ada murah ada mahal.. tapi banyak yg mahal drpd murah
hehehe.. aku tukar duit Rm1500 untuk buat belanja aku habis Rm1000 je termasuk
ke Nami Island dan cable car namsan tower dan beli barang xpekdoh hihihihi.. Aku
malas nak tulis details, korang terjah jelah ya. Aku kat sana pon jalan sorang2
je, terjah je mana mana inshaallah tak sesat. Aku tak follow sangat travelmate
aku tu sebab diorang hulk, bukan manusia sedangkan aku hanyalah insan biasa
yang berjalan mcm siput sedut so aku bimbang merosakkan mood diorang aku pilih
nak jalan sorang2 jaaa…hahaha..
|
Menunggu bas ke Nami Island |
|
dia pon nak jugak.. sebenarnya gigil2 tangan masa nak shoot ni. haih.. |
|
asal cantik je bini orang.. ye tak? haha |
|
ewha woman universiti |
|
mashallah cantiknya.. |
|
naik tangga...utk sampai ke namsan.. |
|
love lock! |
Selepas 5
hari di sana, kami terbang pula ke Pulau Jeju.. kalau Jeju ni aku suka sebab
aku kan jenis sight seeing person, bandar2 tak suka sangat suka tengok view
yang cantik2 je.. kat jeju ni kitaorang travel drive kereta, tapi driver wajib
ada lesen antarabangsa, so sebab aku takde aku jadi boss jelah hahaha. Aku tak
tahu berapa kos kereta berserta minyak sebab aku bayar kat kawan tu Rm150 je
untuk 3 hari kat Jeju.. boleh dikatakan semua tempat di jeju tu kitaorang
pergi.. kalau tak sewa kereta aku tak tahu mcmana nak jalan kat jeju tu,
mungkin boleh cari kat blog lain.. mcm tak guna pon masuk blog aku
kan?hahahahahaha..
|
sewa kereta axia.. |
|
canola field.. |
|
kat jeju masa ni tak sejuk sangat dah.. pakai baju bese bese pun boleh.. cam cameron highland camtu je.. just nice je.. |
|
tapi kat atas bukit ni mmg sejuk tambah pula angin kuat mmg menggigil |
|
air terjun ada pelangi |
|
cherry blossom baru nak keluar |
|
love land.. banyak ambik gambar kat sini hahaha tapi aku up 1 jelah ye takut korang terangsang.. korang ni bukan leh kiree |
|
view dari hotel.. subhanallah.. masa ni dah rasa sayu sebab esok dah nak balik. mcm xnak tinggalkan tempat ni |
Jeju cantik sangattttt..
dan romantik sangat rugi datang ngan member lagi best kalau datang dgn cinta
hati boleh feeling gerua…
Harap cerita
tak seberapa ni dapat membantu lah! Hahaha. Ringkas je sebab pergi sana senang
jer mcm pergi KL je, percayalah. Tapi aku ada cadangan kalau ada yang nak bajet
betul2.
Tiket AA
promo RM500-RM800 return, ambik luggage bawa beras, makanan yg dibekukan.
Hotel RM
100/malam korang duduk la 3 malam.. cari hotel bajet yg ada fridge, microwave,
mesin basuh. So bawah Rm2k dah boleh sampai Korea.
Nak jenjalan
pakai Tmoney je. Isi RM 100 dah terlebih drpd cukup dah. Hehehe. So kalau bajet RM 1200 – RM 1500 tu dah boleh
dah. Tunggu apa lagi, pergilah sekarang. Pergi sendiri je, xyah pakai ejen pun
xpe! Senang sangat u ols. Kalau tak biasa jalan kat KL, hah pergi KL dulu, try2
naik monorel, LRT, BRT, MRT dulu.
Tq korang ! Next... Indochina trip!
No comments:
Post a Comment