Pages

Wednesday, January 4, 2012

cita-cita saya : Cita-cita awak pula apa?

Ok lah..cinta..~ dah penat aku nak jelaskan segalanya..biarlah aku diam saja..bukan bereti menyerah..tapi dah penat bersabar..dan menjelaskan, kalau tak mahu terima apa boleh buat.dah la..tak nak fikir lagi..benda nie bukan boleh memajukan hidup aku..tak dapat bagi apa-apa keuntungan pun..selama nie aku bagi dengan ikhlas tanpa meminta balasan, aku nak bagi jadi aku bagi jer.. masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Pelajaran, bisnes, family... cinta tolak ke tepi buat masa sekarang.. Study baik2, kejar anugerah dekan lagi untuk semester ini.. barulah maju hidup nie.. kita kena memandang jauh ke hadapan. kena ada cita-cita..dan kejar cita-cita itu..

ok sebenarnya aku nie bukanlah seorang yg bercita2 tinggi..cita2 pun cikgu jer..dan kalau boleh nak suami pun cikgu je lah..aku ada cita2 besar sebenarnya, tapi biarlah cita2 itu hanya ada dalam hati aku jer..tak nak kongsi dengan sape2..kalau orang tahu cita2 aku, mesti orang tergelak guling2 punyer sampai tertelan gigi palsu nenek..hahaha.. tunggu lah, kalau ada rezeki, dan memang Allah tetapkan aku untuk jadi seperti yg aku idam2kan itu, satu hari nanti semua orang pasti akan tahu apa cita2 sebenar aku..nak tahu tak apa cita2 murni aku tu?

dan cita2 aku itu bukanlah untuk memajukan bisnes ke sampai kaya raya..bukan juga nak jadi model ke penyanyi ke pelakon ke..bukan juga doktor atau ahli akademik..bukan ahli politik...cita2 aku nie kurang jadi pilihan..dan terletak di pilihan paling last sekali...terutama golongan berpendidikan tinggi langsung la xpandang cita2 aku nie..tapi di Barat, cita2 aku memang dipandang mulia, disanjung..entah la kenapa dah terbalik. sepatutnya orang Islam sendiri yang menyanjung cita2 aku nie..tapi cita2 nie lah yg dikutuk dicaci dihina dan dimaki...emm..mungkin kalau aku pasang cita2 nie kegemaran membeli Ariani, bersarapan setiap pagi di McD akan terhalang..

bolehkah kalau aku kata nak jadi surirumah sepenuh masa? mesti kecewa mak ayah penat2 bekerja cari rezeki hantar anak masuk u, itu je kerja yang dia nak? bertuah anak aku, kurang asam jawa extra tanpa bijik sungguh budak nieh! hahaha.. maafkan Milah, mak!tapi kenapa nak jadi surirumah je? nanti xde duit la.. xleh pakai handbag mahal2, xleh beli kereta, xleh pakai Ariani..anak2 nak makan apa? penat weh nak jelaskan semuanya.. aku selalu baca belog ustaz zaharuddin dan isterinya ummu husna. isterinya pun belajar tinggi, jadi suri rumah. dan yg paling best mereka kawen masa tengah belajar..kalau orang alim2, ustaz2 mesti bini mereka suri rumah kan? dan mesti kawen awal2 kan..memang nampak macam kuno/style lama/tak up to date..tapi rasa2 kita hari nie yg berfikiran sempit sangat.

kenapa? aku kesal tengok perempuan turut sama berdemonstrasi, melalak melaung tengah jalan, memperjuangkan hak mereka.  konon mereka sangat moden, berfikiran terbuka. yeah! wanita islam kini mampu membuat apa saja..tanpa batasan.. wanita sekarang berpendidikan tinggi, mampu membuat apa saja, perlu berkhidmat kepada masyarakat demi keamanan negara.. KEAMANAN? mereka lupa, atau buat2 xtahu?

"sebesar-besar jihad bagi wanita ialah di rumah sendiri"

rasa2 nenek kita lebih manis, duduk di rumah terutamanya malam2 drpd duduk berjihad benda lain.

ada orang, rumah dah ada cuma kecil cket, cuma nak ditambah "teguhkan" dengan membeli yang besar, kerana itu perlukan isteri bekerja? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk "keteguhan ekonomi" iaitu beli CAMRY, isteri bekerja? Apakah tanda aras keteguhan ekonomi? Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagiaan rumah tangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari "keteguhan ekonomi".
- Ustaz Zaharuddin.

memang benar kan apa yg ustaz cakap. hidup tak pernah cukup.walaupun cukup..tapi untuk apa semua tu, kalau bukan untuk mendapat pengiktirafan drpd manusia, saling berlumba2 untuk bermegah2..aku juga kesal bila ada lelaki, yang bila cari isteri, mereka nak yg bekerjaya. mungkin ini boleh dinamakan lelaki dayus.bukan aku yang kata, ustaz yg kata.. jadi untuk sape2 yg bakal menjadi suamiku jgn harap kau pilih aku sebab aku cikgu..untuk lebih jelas baca sini..aku bagitau kang korang taknak dengar pulak..hukum wanita bekerja dan wanita ingin hak sama rata.

best kan kalau dapat suami macam ustaz nie.. semua pandangan dia aku setuju..dan suami yg soleh mesti bersetuju dengan pendapat aku ini. nak suami yg soleh, kena terlebih dahulu solehahkan diri.. dan kata ustaz, memang patut isteri bekerja , bukan apa..takut ada sesuatu perkara yg tidak terduga berlaku nanti, bolehlah isteri belajar berdikari. :-)..

"Xpelah. kerja surirumah tu mendidik, mengajar, mengasuh dan melatih. kerja aku sebagai cikgu pun macam tu jugak, walaupun mendidik anak2 murid.. kalau jadi cikgu ok la cket..ada duit, boleh balas jasa mak ayah..tapi kalau ditakdirkan jadi benda lain, maka terhalanglah niat murni ini.. muehehehe.."



sila komen..
kalau tak setuju komen jugak k..
kalau setuju komen panjang2..




8 comments:

azwa amani said...

nak jadi suri rumah dan psychologist.. :) insyaAllah

Nora_Aniza said...

semoga tercapai. kalau jadi psychologist cbuk kang..pandai2 la bahagi2 masa..

shahfalah said...

cita2 nak nor aniza bahagia..insyaAllah...

Nora_Aniza said...

terima kasih. :-)

zOeY zAu YaH said...

jd lah isteri berkerjaya..cikgu tu ok sgt2..kerja yg mulia dan sgt sesuai untuk wanita yg nk berkeluarga..rasanyalah..

Nora_Aniza said...

betul la tu, cikgu mekup..hehehe.

Anonymous said...

http://bicarapelajar.blogspot.com/

shahfalah said...

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.