Pages

Monday, October 15, 2012

Memartabatkan Bahasa Melayu

15 dan 16 hb kami ada Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu. perasan x dlm blog aku tak sensitif sangat tentang bahasa melayu, rileks...rilekss... jangan nak serang aku sebab ni belog aku. blog peribadi dan sekadar cuma belog picisan. bukannya NORA_ANIZA dot EDU dot COM mahupun WWW.NORA_ANIZA.GOV.MY. okay??


Sebab ini adalah majlis rasmi maka perlulah buat gaya skema


Tapi kan, xamarika la kalau cikgu bahasa melayu xsentuh langsung tentang penggunaan bahasa melayu, PPSIM, MBMMBI, tak alert dengan perkembangan bahasa terkini. eh tak tak.aku bukan begitu. aku ada satu lagi belog yang konon2nya memperjuangkan bahasa melayu.. hee...heee...heee... sila masuk sini http://anizaabdullah.blogspot.com .


Pastu xamarika la kan kalau cikgu bahasa xjoin program, tahu nak duduk rumah jadi tepot kat umah je 24 jam xboleh jugak. kena aktif. jangan malu dengan status "SKEMA" demi mencari ilmu pengetahuan dan mencambah minda. ececececcecece..

Muna cantik giler, dan lembut giler.. hewhewhew

dan tak amarika la kan kalau cikgu bahasa melayu tapi xpernah kenal @ jumpa ngan pejuang2 bahasa seperti Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof Emeritus Abdullah Hassan, Awang Sariyan ataupun Asmah Hj Omar. kalau macam tu baik xyah jadi cekgu bm kan, duduk umah je bagi makan ayam itik lagi baik.

Antara orang yang datang awal sebab tak baca tentatif program betul-betul hehehehe

Tapi semalam aku dah jumpa Nik Safiah Karim, (walaupun xberkesempatan nak salam ke, gambar ke) dan masa semester dua aku dah belajar dengan Abdullah Hassan.

Jadi, ayuh kita sama-sama memartabatkan Bahasa Melayu. Melayu jangan malu dengan bahasa kita sendiri. Gunakan dengan yakin dan tanpa was-was. hehe..

Aku terfikir satu perkara. kenapa orang melayu nak gunakan bahasa orang putih? bukan setakat bahasa orang putih, tapi kena nak pakai pun macam orang putih? kenapa orang nak kulit putih macam orang putih? hebat sangat orang putih sampai semua benda orang nak tiru dia. kenapa nak bergaul bebas macam orang putih? fikir - fikirkan...

Comel-comel sokmo :-)


No comments: