Aku ada baca satu novel. Novel nie sangat menarik, mengisahkan peperangan pada zaman Jepun dan berfokus di negeri Johor. Kisah ni betul-betul berlaku kepada penulis. Jadi bila aku baca, patut la. Rasa macam kita alami sendiri peristiwa tu, Rasa berdebar-debar, takut, cemas, semua ada. Hebatnya pengolahannya sehingga aku sayang untuk meninggalkan novel tu dan mahu terus membacanya.
Novel Di Bawah Hujan
Peluru karya Shaharom Husain ini mengisahkan tentang peperangan yang berlaku
pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Cerita ini berdasarkan pada
peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa bala tentera Jepun menyerang Tanah
Melayu pada akhir tahun 1941. Tidak sampai dua bulan mereka berjaya menewaskan
kekuatan tentera British. Apa yang menarik tentang novel ini ialah, kandungan
novel ini didasarkan kepada peristiwa yang benar-benar dialami, dilihat, dan
didengar oleh penulis. Terutamanya peperangan yang berlaku di kawasan-kawasan
dalam negeri Johor. Malapetaka dan peristiwa kejam bersejarah yang menyayat
hati itu, penulis kumpulkan dan dijadikan novel.
Novel ini mengisahkan
mengenai seorang lelaki yang bernama Rasiman yang mempunyai kekasih hati yang
berada di bandar bernama Rasimah. Pada zaman peperangan tersebut, tempat
tinggal di bandar sudah tidak selamat lagi untuk didiami. Hal ini kerana Jepun
dan British berperang di bandar. Walaupun Jepun mahu melindungi orang Melayu,
tetapi sekiranya mereka berperang, penduduk yang berada di bandar akan tetap
terkena tembakan, bom dan sebagainya. Hal ini kerana bandar adalah tempat untuk
berperang antara tentera Jepun dan tentera British. Langkah untuk menyelamatkan
diri ialah berpindah ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman.
Rasiman berusaha keras
mahu menyelamatkan keluarga Rasimah dari bencana peperangan dan memujuk ayah
Rasimah untuk berpindah ke kampungnya. Malang sekali kerana ayah Rasimah
berkeras tidak mahu berpindah kerana menyangka rumahnya di bandar sudah
selamat. Rasiman beberapa kali pergi ke rumah Rasimah bagi memujuk ayahnya,
tetapi semuanya hampa. Rasiman berat hati mahu meninggalkan kekasihnya dan
selalu bimbangkan keselamatan Rasimah. Dalam masa berusaha untuk memujuk ayah
Rasimah berpindah, Rasiman terpaksa mengharungi pelbagai rintangan. Antara
bandar dan kampung dipisahkan oleh Sungai Batu Pahat. Di sungai itulah Rasiman
terpaksa mengelakkan diri daripada tembakan dan bom pihak penjajah. Tetapi demi
Rasimah, itu semua tidak dihiraukannya.
Dalam novel ini juga
menceritakan mengenai kezaliman penjajah Jepun terhadap kaum bukan Melayu.
Tentera Jepun sangat zalim dan suka menyeksa orang awam dengan seksaan yang
cukup berat. Rakyat berpendapat bahawa lebih baik sekiranya mereka ditembak
terus daripada diseksa oleh tentera Jepun. Selain itu, tentera Jepun juga digambarkan
menyukai perempuan Melayu. Mereka akan memasuki rumah-rumah penduduk dan
merogol gadis-gadis. Oleh itu, anak gadis terpaksa disembunyikan di tempat yang
selamat.
Setelah mengalami pahit
getir peperangan, Rasiman berusaha keras dan berjaya dalam hidup dia. Pada mulanya,
setelah Jepun pulang ke negara mereka, Rasiman mendapat pekerjaan iaitu menjadi
kerani di salah sebuah syarikat motokar di Singapura. Dia juga bekerja sambilan
dengan menjadi wakil insuran. Kemudian Rasiman berjaya membeli sebuah motokar,
mengirim duit kepada ibu bapanya dan menyewa sebuah bilik di sebuah rumah
pangsa.
Dalam usaha Rasiman
mengejar kejayaan, dia juga berusaha mencari Rasimah yang terpisah setelah
rumah Rasimah terkena bom. Walau bagaimanapun, pencariannya tidak berjaya. Sudah
takdir, Rasiman dan Rasimah terpisah terus. Rasiman pula masih tidak berkahwin
kerana tidak ada sesiapa yang boleh menggantikan Rasimah dalam hatinya.
Comel-comel sokmo :-)
1 comment:
oooo..patriotik lah ni?
Post a Comment