Pages

Tuesday, November 20, 2012

Why?


Sudah kehabisan kata, sudah kering air mata apabila melihat gambar ini. Yang berdoa di FB tak kurang banyaknya. Boikot itu, boikot ini. Biasanya, apabila keluar berita Palestin diserang hebat oleh tentera Israel, barulah kempen boikot barangan Yahudi berjalan. Lepas tu bila serangan dah reda, kempen boikot pun reda, kita pun perlahan-lahan membeli semula barangan jualan mereka.

Yang berdoa di FB, selalu kata : 

"KITA TAK MAMPU JIHAD MENGANGKAT SENJATA"

Tanya pada diri, kalaulah kerajaan Malaysia tidak menyekat rakyat pergi ke Gaza, dan negara mereka membuka sempadan, adakah kita akan turut sama berjihad? Tepuk dada, tanya iman. 

Lalu kita mengatakan, kita hanya mampu mengangkat tangan untuk berdoa kepada mereka. Lihat diri kita sendiri. Adakah cukup kita solat 5 waktu? Terimakah tuhan doa orang yang tidak bersolat? Kita masih melakukan maksiat, dosa yang berulang-ulang. Adakah doa orang yang membuat dosa mudah untuk dimakbulkan tuhan?

Adakah dengan derma kita dapat hentikan semua ni? Pada pandangan aku, saat-saat genting macam sekarang hanya kuasa magik Allah sahaja yang dapat mengubahnya!

Sebelum angkat senjata, angkatlah dulu tangan untuk berdoa. Sebelum berdoa, angkatlah takbir Allahuakbar.

Comel-comel sokmo :-)

No comments: