Pages

Monday, December 31, 2012

Makna Tahun Baru 2013 Untuk Aku

Assalamualaikum..

semasa ku sedang menulis entry nie aku baru sampai ke Tanjung Malim untuk menghadapi peperiksaan semester 5. Insya-Allah pada bulan depan aku akan berada dalam semester 6, kemudian ke sekolah untuk praktikum pada bulan 6/7.. Kemudian masuk semester terakhir pada bulan 2 2014.. Kemudian sehabis pengajian terus kahwin. Kuang3.. Dah jauh benar aku pikir nie.. Biasalah, kalau nak berjaya kena fikir jauh ke hadapan.

Aku belum terfikir apa azam baru untukku tahun nie. Rasa-rasanya aku tak pernah ada azam tahun baru selama nie haha. Sebabnya aku memang jenis seorang yang berdisiplin sejak dari kecik. (Perasan ialah tabiat yang sukar dikikis) Pastu aku lebih sukakan berdoa agar tahun baru lebih baik daripada tahun sebelumnya, tak fokus sangat tentang azam-azam nie. Sebab pada aku, walaupun manusia nie tak berubah tetapi masa akan merubah manusia.

Mengimbas kembali kenangan sepanjang tahun 2012...

Keluarga. 

Iya, ayah meninggal semasa awal tahun 2012.. dan sampai sekarang alhamdulillah semua ahli keluarga sihat-sihat belaka. Kesihatan adalah satu anugerah. saya sayang keluarga saya. saya sayang mak ayah saya, saya sayang 3 kakak saya, saya sayang 4 abang saya, saya sayang 3 adik saya. saya sayang 13 anak saudara saya. Mereka ialah keluarga saya, mereka ialah kawan saya. 

Nasi Arab Cyberjaya.

Kawan..

Nasib aku dalam berkawan mungkin tidak berapa baik.tapi xape, aku tak kisah. kepada semua, tersilap memilih kawan, nescaya hidup kalian. baruku sedari, kawan yang baik sukar dicari. di kala dia susah, dia mencari kita, menumpang kite, tetapi saat dia gembira, dia akan meninggalkan kita begitu sahaja, walaupun agak sedih tetapi syukur masih ramai kawan yang 'ada dengan aku, sudi mendengar masalah aku dan memberikan bantuan kepada aku,insyaallah tahun depan akan dapat lebih ramai kawan baru yang mungkin lebih spoting-spoting untuk aku ajak enjoy!

Sugar daddy..

Selepas mengenali pada awal tahun 2011, kami mula rapat pada awal tahun 2012 ehem tak nak cerita banyak-banyak sebabnya malu. he-he. Apa pun bersyukur ditakdirkan bertemu dengan insan ini. aku hanya mampu berdoa, takdir ini buat kita.. menuju bahagia, kita miliki cinta, huah3 muntah!


Pelajaran..

Pelajaran aku agak okay, bagus dan baik (ecececece) dan aku tak akan berhenti berusaha dan berdoa agar aku berjaya dalam pelajaran dan menjadi guru bitara satu hari nanti. mahu ada kerjaya sendiri, mahu membalas jasa ibu dan keluarga. aku mahu jadi "somebody" bukan "everybody".


No comments: