lagi seminggu pementasan drama akan berlaku. tapi polkadot di mukaku semakin membuak-buak naik. menjerit-jerit seumpama minta disodok dengan sikul, alahai. kalaulah boleh guna sikul untuk sodok semua jerawat nih..
tapi bukan drama yang membuatkan aku nak kelihatan cantik. tapi sebab lagi dua minggu konvo cik abang aka sugar daddy. nanti malu keluarga belah sana nak tgk aku.. (wekkk..nak tgk lah sangat kan..huhuhu..anggap sahaja begitu, atau biarkan aku je yang syok sendiri).
apa yang aku haruskan lakukan dalam masa dua minggu ini untuk menghilangkan segala noda-noda yang bersarang di muka ku ini? malu nanti, entah siapa aku nak jumpa. adik dia,ummi dia, mak sedare dia, pak sedare dia, sepupu sepapat dia, kawan-kawan dia,.. kesian kat sugar daddy aku nanti,.. nanti kat mana dia nak sorok aku. yelah, aku kan selama nie tak pernah diiktiraf sebagai awek dia. dia sorok aku tau huhu sedih.. (ku akui kelemahan diri, justeru aku redha walaupun cuma dianggap sebagai kekasih gelap)
agaknya lah kan, kat mana sugar daddy aku nak sorok aku nanti? adakah beliau akan meminta aku cuma berada dalam kereta? sementara dia dirai oleh keluarga dan kawan-kawan? atau mintak aku pergi jauh-jauh, belakang bangunan sana tu... atau dia suruh aku gi shopping kat alamanda dulu? nasib baik konvo kat Putrajaya, aku boleh duduk kat umah aku je, sehingga diberi keizinan untuk keluar.. huhu sedih kan.
walaupun aku dianggap sebegitu, tapi aku tetap bangga dia menjadi sugar daddy aku walaupun dia pend** haha tak kate tak kate.. aku selalu jer bawa dia jumpa family walaupun aku tak pernah rasa dihargai sedemikan rupa. tak pe. redha je jadi macam perempuan simpanan.
dan aku memutuskan hanya tinggal di rumah pada hari kejadian, dan keluar bila diizinkan. (maksudnya bila keluarga dan kawan-kawan dah balik, dia akan ajak aku untuk bergambar)
hah!tragis tak?tragis tak kisah cinta aku? tambah-tambah jerawat membuatkan aku hilang keyakinan diri dan mula merendah diri.
macamana nak hilangkan jerawat dan parut dalam masa dua minggu nih? sekarang tengah cuba Set Jeruk Sari Ayu. bulan depan kite tengok kesannya ye... ^^
Comel-comel sokmo :-)
No comments:
Post a Comment