Aku mahu size S atau aku masih size S? aku pun pelik ngan diri sendiri. minggu lepas baru aku beli baju, masih bersaiz S atau masih 36. tetapi kenapa merasakan diri gemuk sangat hah..hahaha. dengan seberat 53kg dan tinggi 153 lebih kurang membuatkan aku nampak gebu dan sexy.. hahaha perasan sangat kan. kekg, berat 153 kg, tinggi 153cm. ketinggian dan berat adalah sama banyak muahahahaha.
hari bahagia atau hari penyatuan dua jiwa tinggal dua bulan sahaja lagi. aku taknak nampak comel semasa hari tersebut. bayangkan kedua-dua pengantin gemuk dan pendek, pasti menjanjikan wedding paling comel pada tahun ini. oh tak dapat ku bayangkan.
jadi oleh kerana itu, aku akan berusaha untuk menurunkan berat menjadi 45-48kg mulai minggu ini, eh minggu depan, eh bulan depan, hahaha. aku sendiri tak tau bila nak setat. hahahahahahaha. lepas esok, esok lepas esok, esok. oleh sebab itu, ikutilah panduan ini. ini diet ketat so janganlah tiru.
pagi = sarapan oatmeal plus susu rendah lemak HL. walking selama 1 jam mula dari 7.30-8.30 pagi.
tengahari = nasi separuh dengan apa-apa jenis lauk pauk.
malam = epal hijau
sebelum tidur = susu skim.
baik. pastu minum air mineral yang 500ml sebanyak 6 botol sehari. 2 botol pagi, dua botol di sekolah. dan 2 botol malam.
doakan agar aku istiqomah ye kawan-kawan.
Comel-comel sokmo :-)
1 comment:
COMEY....
Post a Comment