Pages

Wednesday, October 23, 2013

Punca Kegemukan

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share punca yang menyebabkan aku gemuk dahulu.
  1. Sebagai mahasiswi yang tidak menentang AUKU, aku biasanya mempunyai jadual harian yang tidak teratur. Contohnya pagi-pagi aku tidur sampai tengah hari, petang ada kelas dan malam aku study sambil membuncitkan perut (makan). Jadual makan juga tidak menentu. Pukul 1 pagi pun aku masak jugak kalau lapar.
  2. Bila malam, dan malas masak, aku akan makan biskut dan roti tuna.Biskut sebenarnya boleh menggemukkan badan kita. Sekeping biskut ibarat 4 pinggan nasik. Selain biskut, aku juga suka makan roti letak tuna. Dan dua keping roti ibarat sepinggan penuh nasik. Terkejut?? Itulah hakikatnya. Sebab tu kita diet tak menjadi sebab walaupun tak makan nasi tapi kita ambil yang lebih bahaya daripada nasik.
  3. Semester lepas ada latihan drama, sampai pukul 11. Boleh dikatakan setiap malam aku makan lewat malam iaitu pada pukul 12 malam lepas tu kroooh3 tidur.
  4. Suka minum nescfe 3 in 1. Air tu kan bergula. Setiap malam nak buat esaimen mesti ambik secawan. Tu tak termasuk tengahari ambik air oren, milo, sirap dan lain-lain. Dalam sehari mengambil banyak minuman bergula yang boleh menggemukkan.
  5. Sugar daddy aku dekat. Jadi setiap kali dating pasti kami akan makan. Selalu makan dan kuat makan. Contohnya pergi jalan-jalan ke KL. Mula-mula kami akan bersarapan kul 10 di KLCC, lepas tu lunch di Masjid India kul 1 tengah hari lepas tu kami makan petang lagi pada pukul 3. lepas tu dinner pulak pada pukul 7. lepas tu supper pulak pada pukul 9.nak balik berhenti lagi di KL central untuk mencekik hahaha.
  6. Aku perasan dengan mengambil senamrobik boleh menguruskan badan tetapi aku cuma buat seminggu sekali je.
  7. Pastu aku ke kampus pakai motor padahal kalau jalan kaki dekat je ponn.
  8. Aku suka tidur lepas makan tengah hari. Balik kelas, roomate aku masak dan aku tukang makan je lepas tu tidur sampai lah petang untuk pergi ke kelas seterusnya.
  9. Kalau di kampung, aku bantu mak kat kedai dan di sekitar kedai-kedai tu banyak kedai yang makanannya sangat sedap. Masakan orang Kelantan memang marvelous. Kalau tak kerja pagi-pagi lagi pergi beli nasik kakwok 1 bungkus tak cukup kena beli 2 bungkus dan pelbagai jenis kuih yang sedap ngattt..
that's all. so sama-sama kita tinggalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat ini untuk masa hadapan yang lebih sejahtera. bila sihat, boleh jaga suami dan anak-anak dengan jayanya. yeay!! (ntah pape haha)

Comel-comel sokmo :-)

No comments: