Pages

Sunday, March 30, 2014

How To Be Super Isteri

Degil-degil aku, nakal-nakal aku dengan suami aku, tapi kat belakang-belakang selalu je google cane nak jadi isteri mithali nih. pernah aku google  CARA MENJADI ISTERI YANG BAIK,  pernah juga aku google CARA MENGGODA SUAMI dan paling tak boleh blah sekali TIPS MELAYAN SUAMI SEPERTI GRO KELAS PERTAMA hahahahaha.. tiba-tiba blog aku jadi blog 18sx.. ilek-ilek. aku memang suka benda-benda gitu hewhewhew.

Alhamdulillah, hampir 4 months jadi isteri. masih belum ada pergaduhan besar-besar. kalau gaduh pon gaduh biasa gaduh manje. sambil gaduh boleh gelak-gelak. dan aku akui, memang aku tak layak lagi menjadi seorang isteri. banyak sangat perangai dan ketidakmatangan diri ini. tambah-tambah dapat pula laki yang terlalu manjekan bini dia. semua laki yang buat. boleh dikatakan 98% aku bergantung hidup kat suami aku. 2% lagi untuk aku uruskan diri sendiri tanpa perlu bantuan suami seperti beli baju dan persiapkan diri sendiri, hahahaha.

Sepanjang 4 bulan, masih belum boleh belajar how to be a super isteri. kekangan masa dan jarak membataskan aku untuk belajar. masa bersama boleh kira berapa kali. memasak? entahlah. mungkin baru sekali, tak pun dua kali. isteri jenis apa nih. hahahaha.

kunci kereta? baju? seluar? tab? handphone? wallet? semua barang dia aku tak reti nak jaga dan tak tahu mana dia letak. dan aku biarkan saja. berjurus betul hahaha.

rilekslah. tak yah ar korang nak kata, isteri yang tak pandai masak, tak jaga penampilan, gemuk gedempol, tak kemas rumah (macam daku ini) dan sama waktu dengannya tu suami tak sayang. tak semestinya gitew. apa yang penting, sentiasa bagi masa untuk suami. selalulah bersama dengan dia tak kira mengantuk, penat, letih, kena selalu temankan dia okay. kerja-kerja lain biar orang lain yang buat muahahahahaha.

macam aku. aku jarang betul memasak kat suami aku. so tak de masalah kita orang makan kat luar 3 kali sehari. tak jadi masalah. tambah-tambah masakan kat restoran tu sedap hahaha. yang penting sentiasa kena temankan dia. temankan dia makan, tengok bola, walaupun tak minat dan teman tengok citer melayu yang bodo, teman masuk ke kedai pakaian sukan walaupun boring giler buat-buatlah suka pastu buat-buat rekemen baju/kasut kat kedai tu walaupun taste orang lelaki kita sendiri pon tak tau. haha.

Cubalah tips nie. pasti berjaya! Gud luck.

one day i will be the super isteri, and super duper ibu wowowowowow... in shaa allah...aaameeenn.






Comel-comel sokmo :-)

Wednesday, March 26, 2014

My Skincare Routine

Hai comel.

baik. entry majlis reception @ menyambut menantu akan muncul tak lama lagi. hari ni nak cerita serba sedikit mengenai my skin routine. aku rasa menjadi wajib kalau aku nak share benda nie ngan semua. especially for those which having their skins problem like me..

Seriously pada satu masa dahulu, akulah seorang budak hitam lagi jelik bolox wox dan seangkatan dengannya. sekarang nie pon bolox wox jugak hahahahaha.

but now bila dah lepas zaman remaja skin aku dah elok sikit tambah-tambah lepas kahwin. maybe zat kahwin tu hahaha. tapi walaupun dah berlalu zaman remaja, tak semestinya orang dewasa ni bebas masalah kulit ye tak. tambah-tambah kulit muka. dengan jerawat, jeragat, kedut sana sini. walaupun dah dewasa tapi umur baru je cecah 23 tahun. kira macam remaja jugak la. huhu.

firstly, routine wajib setiap pagi adalah mencuci muka dengan pencuci muka Garnier.



kedua, silalah menggunakan moisturizer. kulit aku sangat berminyak. tapi sejak kawen dia jadi kering. so aku guna jugak moisturizer garnier. dah banyak krim pelembap yang aku cuba tapi semuanya hampa. kulit aku yang berminyak ni bertambah berminyak dan ada certain part dia kering sangat sampai menggelupas. aku memang rekemen pelembap ni bagus 300%. garnier tak bayar aku nak suh aku bercakap ni tapi sebab aku baik ati dan kesiankan korang so aku bagitau la.




ketiga, bedak kompak garnier! seriously selama ni aku tak pernah pakai bedak sebab aku punya beauty advisor orang cina selalu cakap kulit melayu tak elok sebab selalu pakai bedak kompak. tapi garnier, lain. kalau kita pakai bedak macam bedak pixy, silky girl, tak tahan lama. tak dan 2 jam muka dah bertompok-tompok ngan berminyak. ini bedak 1st yang aku pakai sampai habis. selama ni aku tak pernah pakai bedak sampai tinggal lantai dia. paling lama aku tahan dengan bedak cuma seminggu lepas tu aku buang. bedak garnier ni aku beli masa mula-mula kahwin hari tu, 3-4 bulan yang lepas. 

BB cream yang sangat best. dah habis satu tiub!

nak dijadikan cerita, pada suatu hari tu, aku pagi-pagi lagi letak pelembap garnier pastu letak bedak. aku cuti hari tu aku takleh sembahyang. so aku tak basuh muka sepanjang hari. bila malam, aku tengok muka aku langsung tak berminyak. macam natural skin aku tu. heeeeeeeeeeeee. (peace).

baik. bila malam aku pakai krim kunyit. korang tahu tak krim kunyit tia emelia, yusmira, almas dan lain-lain lagi tu? haaaa.. aku guna yang tu lah. tapi yang murah. sebotol 5g cuma RM7. kalau jenama lain harga dia dalam RM30. aku rasa bendanya sama je. cuma takde kelulusan KKM dan halal JAKIM. padahal tekstur, bau sebijik 100%. 



krim kunyit tu tak ada side effect tau. cuma ada la beberapa org pakai, akan jadi menggelupas. tu pun masa mula-mula pakai la. lepas tu skin korang akan jadi bersih sebersih bersihnya. yelah, aku pon dah 7 tahun pakai benda nie. 7 tahun lama tu...

tapi dalam 7 tahun tu ada jugak aku skip. sampai muka berjerawat balik. dan kesannya...jeng jeng jeng!


bila kulit sihat, mak andam nak mekupkan pon mudah. tak perlu bedak tebal2.



kalau nak beli krim kunyit ngan aku, sila PM inbox FB k. babai.

Sunday, March 16, 2014

Tahun Melawat Sabah 2014 : Kota Kinabalu/Kundasang/Kudat

Enrty dah berbulan-bulan lamanya tapi baru nak hapdet hehe. Ok, masa awal-awal tahun hari tu, aku ditinggalkan suami untuk bertugas ke Sarawak. jadi untuk mengurangkan kesedihan aku beli tiket ke Sabah iaitu Kota Kinabalu. Aku ke sana dalam 2 minggu jugak lah. Aku travel sorang-sorang je. Aku duduk secara haram di UMS iaitu di kolej adik aku. Sebenarnya pemergian aku untuk bercuti nih tak dirancang pun, tapi sebab terlalu stress aku pun planlah saat-saat akhir. Masa tu juga adik aku tengah exam, tapi ada jugalah gap 5 hari untuk kitorang merayau-rayau di Simpang Mengayau. Hehehe.

Pada aku Sabah sangat cantik, ohsem dan mengkagumkan. Pantainya biru muda yang kita tak pernah lihat di semenanjung. Untunglah orang-orang Sabah. hehehe. Tapi dah tentu orang Sabah dah jemu tengok pemandangan yang sama setiap hari. Kalau pertama kali pergi mesti terpukau gila. Sangat cantik. Ini kali kedua lawatan aku ke Sabah.

Baik, tempat pertama yang kami pergi ialah Kundasang. Kami pergi ke sana dengan menyewa sebuah kereta Viva. kami travel berdua je. Hohoho berani sangat kan? Aku memanglah, excited bab-bab jalan tak kisah walaupun mengancam nyawa huhuhu.

Dari KK, kami menggunakan perkhidmatan Google untuk mencari jalan ke Kundasang. Jangan risau, jalan di Sabah nih mudah je cari. Tak banyak jalan, ada satu jalan je. Korang takkan tersesat punye. Cuma stesen minyak payah sikit. Jadi, kenalah isi minyak kereta penuh-penuh kalau terserempak tengah jalan tuh. Sepanjang perjalanan ke Kundasang, anda anda melihat pemandangan yang sungguh mempesonakan terutamanya sekitar Gunung Kinabalu. Setiap empat rasa nak berhenti bergambar. Nasib baik adik aku separuh perempuan separuh lelaki ni sporting aku gila bergambar. Yelah, tak bergambar nanti rugi tau.


Cantik kan. Suhu pun sejuk sangat. Tak macam Cameroon Highland mahupun Genting Highland. Tapi tak payah  ar korang bajet nak datang sini kena pakai sweater tebal-tebal. Aku kata tak payah, so tak payah!! Aku pakai tudung bawal, baju adik aku buat pergi mandi, dan selipar jepun sahaja. Aku memang hantu selipar Jepun Muahahaha.



Ini kat puncak bukit dah. kalau kat semenanjung macam kat puncak titiwangsa gitu la. sejuk giler. angin kuat giler. (giler adalah kata penguat pada zaman kini)

Dejavu di Kinabalu

Sebenarnya kami pergi sini, tak tahu pun arah tujuan nak pergi mana hahahaha. Nak pergi mana? Nak pergi ke Kundasang. Kundasang kat mana? Tak tahu. Huhuhuhu. So aku google, "TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG" tapi tak jumpa maklumat yang bagi tips 100%. So aku pun call abang aku. Aku tanya dia, tempat tengok lembu kat Kundasang apa namanya ye? Macam darat tak pernah tengok lembu. Hahahaha. Jadi tempat tu namanya Desa Dairy Farm ok! Aku duk tanya penduduk setempat, mana ye tempat nak tengok lembu? Hahahahaha. Pulas punya pulas stereng jumpa gak. Masuk dalam sikit. Jalan terlalu curam macam naik Fraser Hills. Pastu kena mendaki. Aku sangat-sangat takut tetapi adik aku sangat-sangat berani. 

Dan kami sampai. Yeayyy boleh tengok lembu! Hahaha.


Betullah orang kata, Kundasang ini ibarat New Zealand of Malaysia. Pokoknya hijau lain, sangat sejuk, rumput warna lain yang kita tak pernah nampak pun di Semenanjung nih. Excited sangat nak meneroka.

gemuk @ montok?

Macam New Zealand kan?


But sorrylah. Kami bawa kamera cap ayam je. Aku yakin kalau bawa kamera DSLRSTUVWXYZ konpem cantik gambar.

Next, kami pergi ke Rumah Terbalik. Tapi tak sedap sangat datang sini. Tak  nak cerita. Huhuhu.






Dan, kami pun nak balik. Tiba-tiba, kami perasan bahawa minyak kereta baru luak 2 bar. Kalau hantar rugi. Jadi kami pon stopkan kereta tepi jalan. Aku google tempat-tempat menarik di Sabah. dan jumpa Tip of Borneo, Simpang Mengayau Kudat. Kami buat keputusan saat-saat akhir untuk ke Kudat dan berbekalkan Google, kami jumpa. Perjalanan ke Kudat adalah selama 3 jam. Kami sampai dah lewat petang. Masha-Allah, cantik sangat! Ombak kuat sangat! Di sini adalah dimana laut dua benua bersatu. Iaitu laut cina selatan dan laut sulu. Bersatu tapi tak bercampur. Kita boleh tengok ombak dari dua arah. Amazing! Kejadian Allah yang sangat mengkagumkan. Allahuakbar!





Warna pantainya aku janji tak serupa langsung dengan pantai di Semenanjung. Sumpah! Hijau daun juga tak sama. Sangat tak sama. So korang rajin-rajinlah berjalan di muka bumi ini untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah Taala. Alhamdulillah. 

Dan kini tengah berusaha untuk melawat negara asing pula. Suami aku pilih negara-negara Eropah, aku pula lebih suka negara yang tak jadi tempat orang untuk melancong seperti Afrika Barat, Pulau Seychelles dan Bermuda Triangle. Nak pergi tengok ye tak tempat tu misteri ada dajjal. Aku tengok  dajjal ni kat Malaysia pon berlambak. Kalau ye ada dajjal, misteri, pusat graviti bumi, ada black hole, aku nak tengok dan merungkaikan misteri tersebut sebab kat sana pun ada pembangunan, ada airport dan sebagainya. =)

kesian kat cikgu VS kesian kat murid

korang nak tahu tak. aku punya hati lembut giler tau. aku mudah betul nak kasihankan orang, tapi takde pulak yang kasihankan aku. huhuhu.




masa aku jadi murid dulu, aku selalu kasihankan cikgu. cikgu yang mengajar aku. biasanya cikgu yang jenis slow, bila murid bising suara cikgu tenggelam. pastu cikgu tu jenis dia mengajar boring murid bising , mengantuk dan sebagainya. aku selalu gaduh & bertumbuk dengan budak lelaki pasal ni lah. sekuat hati aku akan mempertahankan cikgu tuh.



kalau cikgu mengajar boring, aku tak faham at least aku buat-buat faham. angguk2. pastu aku tanya soalan. cikgu duk cerita pasal penjajah, tapi soalan aku "cikgu, berdosa tak kalau salah mandi wajib?" macam tu lah. boleh dikatakan kalau dalam kelas tu ada 35 orang pelajar, cikgu hanya akan berinteraksi dengan aku sorang sahaja. hahaha. no wonderlah result aku, dalam kelas aku sorang A bahasa inggeris, yang lain C,D, E,..hahaha. perbezaan yang amat ketara di situ ya.



aku selalu kasihankan cikgu. sebabnya aku pun cita-cita nak jadi cikgu. kalau aku tak hormat cikgu, macamana murid akan hormat aku. aku sangat-sangat berpegang kepada hukum karma itu. obses! 



bila aku dah jadi cikgu, aku kasihan pulak kat student aku. aku cepat kesian kalau student tu jenis yang pendiam dan senyap. jatuh kasih cikgu dibuatnya. bila ke sekolah macam-macam student kita akan jumpa. ada yang suka mengasingkan diri. aku kesian. ada yang jenis skema sangat. aku kesian. pendek kata aku memang mudah sangat nak kesian. aku tengok student balik jalan kaki aku tiap2 hari hantar budak tu balik umah huhuhu.


Comel-comel sokmo :-)

Tuesday, March 11, 2014

Dress Nikah @ Tunang Dusty Pink Untuk Disewa 2014!

Semalam aku dah siapkan menjahit beading di baju nikah aku hari tu. dan sekarang aku buka untuk sesiapa yang nak sewa yang ada event kahwin @ tunang untuk bulan Mac, Mei, Jun, Ogos, November, Disember. sesuai sangat kalau nak buat sebagai baju nikah @ baju tunang sebab simple dan cantik! zaman sekarang orang dah tak pakai baju kain net yang sarat dengan manik-manik. zaman sekarang, simple itu menarik. so rajin-rajinkanlah diri menengok belog model2 yang up-to-date. hihihihi.

ok, nak tengok baju nikah aku, bolehlah pergi ke link ini.


Baju nie aku buat sendiri tau. sebab aku gemarkan warna dust pink, dan susah sangat-sangat nak cari warna ni dekat butik2 pengantin. lagi satu baju kat butik pengantin semua saiz besar. ada jenis dress tapi labuh sangat-sangat dan orang butik taknak alterkan untuk aku. jadi aku buatlah sendiri sebab terpengaruh dengan beberapa gambar yang sangat famous di alam maya ini.




aku mengambil ilham daripada dua gadis comel ini hihii. tapi susah sangat nak cari warna ni tau. tapi xpelah, seakan-akan pon bolehlah.



aku akan sewakan satu set baju ni termasuk veil dan tudung Ariani.

Kos aku buat baju ini adalah seperti berikut :

Veil : RM 80
Baju full lining: RM 340
Ariani Selendang Aleesya : RM 160
Beading : RM 32

So, aku habiskan sebanyak RM 612 dan aku akan sewakan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Sebabnya aku sebenarnya tak de niat pun nak bagi sewakan. Ingatkan nak pakai je hehe. Tapi kot-kot adalah orang macam aku ni yang buat persiapan di saat-saat akhir.

Saiz apa?

Ok, kalau korang nak tahu, masa aku nikah berat aku 48 kg. Dengan ketinggian 152 cm. Sekarang dah naik 2 kg huhu. Tapi jangan risau, kalau korang lebih kecik daripada aku, memang tersangat-sangatlah muat dan kalau korang lebih besar daripada aku, pon muat. Sebab adik aku berat dia 55 kg pun muat, cantik je pakai terletak kat badan. Dan kalau korang ni tinggi macam model pon boleh sebab kainnya labuh. Yang tinggi setakat 160 cm sangat sesuai.



masa aku nikah ni belum sempurna baju ni dari segi beadingnya. tak sempat siapkan. tapi jangan risau. aku akan bagi korang sewa yang dah sempurna.



Baju Lelaki

Untuk baju lelaki pula, aku agak konfius nak sewakan ke tak. hehe. tapi aku nak buka jugalah. baju lelaki ni baju melayu biasa je. ada lipatan kat leher dan sulam sekali. dan aku akan bagi sewa dengan sampin sekali.

kos baju

Kain : RM 200
Upah jahit : RM 100
Upah sulam : RM 50
Sampin : RM 180

Total : RM 530

Itu harga kos. kami akan bagi harga berganda-ganda lagi murah. bukan niat nak berniaga sebenarnya tapi lebih kepada nak menolong. baju lelaki ni cantik sangat-sangat tau. orang lelaki biasanya taknak pakai pink kan, hehe. tapi jangan risau pink ni cantik sangat. kainnya lembut sangat dan takkan nampak jambulah kalau pakai pon..


kami saiz kecik. kalau ada yang muat tu rezeki korang la huhu.

Saiz baju lelaki?

ok, cik abang sayang kita tinggi dia dalam 160-162 cm macam tu la. berat pulak 70 kg. (dia pesan suruh bagitau bahawa dia dah turun jadi 67 kg wawawawawawa). ok, ada ke yg sama saiz dengan asben saye? kalau ada dialu-alukan untuk menempah!




jangan malu jangan segan. kalau nak, hubungi aku sekarang. call/sms/wassap dan aku akan layan korang macam VIP kelas pertama.

Call @ Sms : 013-680 1779
Whassap : 012-933 2458
Emel : Butirnako@yahoo.com
Pm Facebook : Nora Aniza

Ok babai.

Comel-comel sokmo :-)

Thursday, March 6, 2014

Review YouniQ Hotel Sepang

Haha. ada jugak oii honeymoon part kecil-kecilan. actually, kami tak banyak masa bersama. kalau tiket murah, suami akan booking tiket flight balik KL. kalau mahal tak balik ar. tapi dalam sebulan tu kitorang mesti kena jumpalah. pada minggu lepas suami balik. kami honeymoon sekitar KL je sebab dia cuma balik satu hari, dua malam saja. So, dalam satu hari tu kitaorang pusing2 dan shoping2 sekitar KL jer.. belum ada rezeki nak honeymoon berminggu-minggu di tempat jauh-jauh. masa tak mengizinkan. kalau dapat masa seminggu bersama dia aku dah syukur sangat dah. sehari pun syukur jugak. bukan tak syukur hehe.

hari ni nak review hotel ala-ala jepun yang sangat cantik kalau balik KL. sebelum sampai, suami aku kata hotel kita nak duduk nih cokia jer. hotel murah huduh pulak tu. saje nak kenakan aku. aku pon jawab ooo. dia ingat aku jawab gitu nak buat aku sedih la konon. sedangkan isteri solehah nie kat mana-mana pun boleh duduk asal dengan suaminya kikikiki.. aku jawab, takpelah kat mana-mana pun asalkan dengan abang. *sambil letak kepala di dadanya (perlu ke?haha)

yang sebenarnya, suami book hotel di Sepang iaitu YouniQ hotel. cantik sangat hotel nie. murah pun murah. suami lah yang kata, harga sebenar aku tak tahu.  booking lah ikut Agoda kalau nak lagi murah. perjalanan ke sini, orang hotel yang jemput dan hantar kita ke LCCT. rasa macam orang-orang kelas atasan bila dijemput dan dihantar oleh pemandu haha.

aku nak abadikan kenangan kat blog agar tak terpadam begitu saja. gambar-gambar dalam nie ehsan google. sebabnya tak sempat nak snap gambar.rushing sebab masa sangat-sangat terhad sebab suami balik hujung minggu sahaja. jadi, masa itu emas. setiap detik bersamamu adalah sangat berharga.


pemandangan hotel dari luar. purple warna kegemaran saya!

lobi hotel. aku tertidur keetihan kat sini sementara suami check in bilik kami.






simple tapi cantik. nampak katil terus aku baring tak buang handbag mahupun tudung. terus krooh3 sebab penat berjalan seharian. oh-hoo.. nampak katil terus korang pikir kami buat apa-apa kan? mana ada..kami tak buat apa-apa. sungguh. haha.


bilik air yang tak ada tab mandi. aku nie gila tab mandi. nak berendam bubuh buih banyak2 lepas tu nak ada itik warna kuning yang boleh picit-picit keluar air tu haha. next time kita book yang ada tab mandi okay syg. =)



kami jalan-jalan di Pavillion sebab semata-mata nak pergi ke Japan Street. lepas tu perut memulas2 sebab lapar. aku pun ajak suami makan. aku kata abang, jomlah kita makan kat tempat-tempat yang eksklusif sikit. Jarang-jarang sekali nak juga rasa macamana makanan kelas pertama ni.

Dia setuju pastu aku pilih kedai India hahaha. marah betul datuk tuh. dia kata kecenderungan aku terhadap india sangat kuat termasuk makanan yang aku suka, pakaian yang aku minat, hero tamil, citer tamil saluran 202, dan impian nak ke Kashmir. tak habis-habis dia bebel kat aku sebab ni hahaha. bebel2 tetap juga masuk, makan nasi beriyani je pon. dua orang makan habis la dalam seratus lebih. yang kerja kat sini bukan faham bahasa Melayu pun. tapi cik abe aku dah pandai cakap omputeh. nasib baik ada dia. nak harapkan aku, maka jadilah orang putih kelantan hahaha.

sebenarnya tak reti nak order makanan pelik-pelik pastu lunch kenalah cari nasik. tak leh hidup kalau tak makan nasi. nampak sangat kekampungan hohoho. xpe2, dun worry. xpe dilabelkan orang kampung, baju biasa-biasa, kereta kecik  rumah kecik asalkan duit nak belanja tak habis huhu.

meja makan





nampak sikit nasi dalam besi nie tapi bila bubuh dalam pinggan, boleh la sampai 3 orang makan. tapi aku makan sorang habis je pon. tangki besar hahaha.

sekarang ni tengah merancang nak bulan madu lama sikit kat tempat jauh sikit tapi masih belum dapat bincang dengan bos besar. asal tanya je kena bebel. =(

ok bye bertemu di entry berikutnya hihi.

Comel-comel sokmo :-)

Sunday, March 2, 2014

Kalau Aku Kaya

Seronok betul aku godek2 blog jutawan emas tadi. dan aku impikan aku di tempat dia hahahaha. tapi aku siapalah sangat. hanya insan biasa yang suka makan mee segera, yang suka bermimpi di siang hari haha.

kalau aku kaya, off course paling utama aku akan bagi kesenangan pada family dulu. pada mak, adik-adik, anak-anak, anak-anak sedare, kakak-kakak dan abang-abang. dan ayat klise wajiblah bayar zakat, sedekah dan bantu orang miskin. 

okay yang itu taknak cerita lebih-lebih kang 1 hari nanti aku kaya, aku bersedekah asyik nak menunjuk kat orang je. bak kata Rasulullah, tangan kiri tak tahu pun yang tangan kanan bersedekah, apetah lagi korang-korang semua muahahaha. 

biar orang kata kita kedekut jimat dan sebagainya kerana ikhlas itu biar Allah sahaja yang tahu. aku pun taknak pikir dah pandangan manusia nih. pesen orang kalau nak bersedekah menunjuk-nunjuk. sedekah baju selai pun geger sekampung atau kalau ikut era kini geger dalam fesbuk takpun dalam whassap hahaha.

okay. kalau aku kaya, aku nak upah seorang perunding imej untuk aku sendiri contohnya aku mengupah hatta dolmat takpun calvin khoo xpun dian pelangi dan aku akan bayar gaji mereka setiap bulan semata-mata untuk mempersiapkan aku setiap hari. hahaha #gelak jahat.

aku suka tengok pesen baju siti nurhalija. aku selalu khayal aku balik kampung, aku pakai baju macam siti nurhalija. semua pesen dia aku sukalah dari penggunaan material, design dan fashion.

nanti nak pakai baju macam ni, mak aku pakai macam mak dia 


ni beberapa contoh baju la.. korang jangan ingat bila aku kaya aku nak jadi seksi hokay.. ku akan menutup aurat macam nie jugak. eleeee... kau ni asal dari kampung pergi KL kerja pasaraya mula nak buka tudung siti yang famous kaya nie pun reti menutup aurat. bak kata ustaz azhar idrus sultan brunei yang kaya raya pun laksanakan hudud tapi kita yang dapat BR1M setahun sekali nie pon nak tolak undang-undang Tuhan. tak malu?

cantik dia punya design dan material. nanti kaya nak buat baju macam ni jugaklah. hihi. comel. very adore u tok ti. nanti saya kaya kita jadi kawan nak tak? ok set. hahaha.

pastu aku ni peseng tak suka kereta, rumah mewah sebab tu bukan tujuan utama aku la. kedua aku nak round the world. aku ada ajak suami aku jalan-jalan kashmere dia kata aku punya low taste. dia high taste nak round london, switzerland amarika hahahaha. cakap besar je setakat indonesia tak pernah sampai lagi. lagi classy mamat indon yang kerja cuci jamban dah banyak kali sampai Malaysia eheeee malu malu..


soryy ahkak i curi gambar belog ahkak. tu la, sape suruh ambik gambar view yang subhanallah sangat cantik? Kashmir dikatakan syurga dunia. tapi suami aku taknak pergi. dia terpengaruh dengan provokasi media masa kata tempat nie tak aman. masih belum ada rezeki nak datang. in shaa Allah akan diusahakan. kalau suami taknak pergi aku pergi sorang-sorang hahaha. niat di hati nak datang sini dgn cik abam nak joget lagu pyar kiya to darna kya.

aku suka jalan-jalan di tempat cantik-cantik sebagai utk melihat kejadian ciptaan Allah yg sangat amazing. dengan melancong dekatlah hati aku dengan sang Pencipta. dalam al-Quran pun ada sebut Bahkan ajaran Islam menyuruh penganutnya melancong lebih-lebih lagi sekiranya ia mempunyai tujuan yang mulia. Al-Quran sendiri banyak mengandungi ayat-ayat yang menyeru manusia supaya berjalan-jalan di atas muka bumi bagi mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku kepada umat terdahulu.

Antara ayat tersebut ialah firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad, ayat 10 yang bermaksud : Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu.

kan, itu pun salah satu suruhan Allah gak la. kena jalan-jalan selain tengok keindahan ciptaan Allah harus melawat tempat yang dinyatakan di atas macam laut merah, xpun laut mati dan lain-lain yang ada nilai sejarah. em, begitulah. Ya Allah, mampukanlah hamba untuk menjejak kaki ke seluruh bumi ciptaan-Mu agar bertambah kuat ketakwaanku kepada-Mu. aaameeen.

ke3, aku pergi shopping di dubai. orang kata kain kat sana kualiti memang tip top. mahal-mahal. barulah padan dengan orang kaya macam aku. #hahaha! padahal nak beli kain pasang rm50 pon pikir 4,5 kali. agak-agak tak boleh tidur baru pergi beli. tu pun ngan duit suami huahuahua. tak salah kan pasang angan-angan dan berusaha sekuat mungkin.

ok la. takat ut jelah dulu. aku nak buat thesis untuk masa hadapan yang lebih cerah. nanti nak pi kashmere kan. hihi babai.